Cerita Pendek


Korang apa cer? hari ni Amin nak buat cerita kedua lepas cerita 
'Angsa Dan Itik'. Cerita ini berkisahkan kisah dogeng.


'Raja Dan Rakyatnya'

                                  Pada zaman dahulu,di sebuah negeri,ada seorang raja dan rakyatnya malu untuk bercakap kerana mulut meraka berbau busuk. Mereka jugak malu kerana penduduk kampung seberang sering mengejek mereka.

                                  Pada suatu petang,tuan puteri pergi bermain dengan dayang-dayang di taman larangan . Tiba-tiba seekor murai terbang dan hinggap di atas dahan pokok bunga cengkih.

                                  Burung murai itu berkicau dengan riang sekali.Ia mematuk-matuk bunga di dahan dimana ia bertenggek. Lalu ia terbang ke tempat lain. Tuan puteri pun berlari ke arah pokok tersebut.

                                  Setibanya tuan puteri di pokok tersebut,tuan puteri ternampak sekuntum bunga kecil. Bunga kecil itu diambil dan dimakan olehnya.Tiba-tiba mulut tuan puteri berbau wangi, lalu dia tidak malu lagi untuk bercakap dihadapan khalayak ramai.

                                  Semasa tuan  puteri berada di istana, raja bertanyankan apa rahsia tuan puteri sehingga mulutnya berbau wangi. Tuan puteri pun menceritakan perihal pokok itu. Selepas raja mendengar tuan puteri menceritakan perihal pokok tersebut, raja memerintahkan rakyatnya menanam pokok bunga cengkih. Selepas beberapa minggu menunggu pokok bunga cengkih itu membesar, apa yang mereka impikan selama ini telah tercapai jua. Mereka makan bunga cengkih tersebut.

                                  Sejak itu, penyakit mulut berbau busuk itu hilang. Mereka juga tidak malu lagi untuk bercakap dihadapan khalayak ramai. Raja berterima kasih kepada tuan puteri. Akhirnya negeri itu tidak lagi mempunyai masalah mulut berbau busuk lagi.

NOTE: Amacam best x? Sorry lah, Amin tak pandai sangat buat karangan fiksyen yang membabitkan 'kisah dongeng' ni. Amin just nak test karangan yang amin buat ni. Doakan Amin dan kawan-kawan berjaya menjawab kertas peperiksaan pertengahan tahun ye.. Wish me luck..

Salam perkenalan + Cerita Pendek

http://4.bp.blogspot.com/-nXFE-_iAK1w/To_V0PNKLvI/AAAAAAAABsE/i-xbhccfCM4/s320/assalamualaikum-6.png 

Welcome to my blog, Muhammad Al Amin. Min baru join blog ni atas reviews dari kengakawan Min yang juga blogger. Harap korang semua suka dengan blog Min yang tak seberapa nak cantik sangat ni. Min x edit blog ni, Min amik tempahan ngan Mastura Aziz, ni pun Cik Aadhirah yang tolong tempahkan. Cantik jugak lah .. nampak 'gentle' gitu ! Nanti Min buat pages pasal diri Min ya ? sekian ... sebelum tu, Korang enjoy lah citer yang Min buat ni ! ^^ Tapi taklah sehebat novelistar kat luar sana tu ! Okey, take your time ~

'Angsa dan Itik'

Pada zaman dahulu, ada seekor angsa dan seekor itik tinggal di sebuah kolam. Angsa dan Itik, menjadi kawan rapat semenjak dari kecil lagi. Kemana sahaja mereka pergi, pasti sahaja berdua. Jarang sekali melihat ada diantara mereka yang berseorangan. 

Pada suatu petang, Itik mengajak Angsa ke tepi sungai untuk mencari makanan. Beberapa minit kemudian, Itik dan Angsa keletihan. Itik mengambil langkah untuk pergi berenang menyejuk kan badan manakala Angsa pula duduk berehat di bawah pohon yang rendang. Angsa melihat suasana di sekelilingya, tiba-tiba pula Angsa ternampak seekor cacing keluar mencari makanan. Mengenangkan perut lapar nya itu, Tanpa berfikir panjang, Angsa pun terus mengejar cacing yang dilihatnya tadi. Cacing itu dengan secepat yang mungkin, masuk ke dalam banir pokok.

Itik yang baru sahaja menyedari ketiadaannya Angsa, mula mencari rakan karibnya itu. Lalu, Itik ternampak Angsa yang hanya melihat-lihat seperti menunggu sesuatu keluar dari arah banir pokok itu lalu menghampirinya.Itik pun menyuruh Angsa memasukkan kepalanya itu kedalam banir pokok untuk mencari cacing itu. Tanpa berfikir panjang, Angsa akur. Semasa ingin mengeluarkan kepalanya dek kerana tidak menjumpai cacing itu, Angsa merasakan bahawa kepalanya telah tersekat di banir pokok itu.

Angsa meminta tolong daripada Itik untuk mengeluarkan kepalanya yang tersekat itu. Itik pun terus menarik badan Angsa. Angsa menjerit kesakitan. Itik berhenti seketika dek kerana jeritan dari Angsa yang membuatkan Itik sedikit gerun. Lalu menyambung menarik badan Angsa untuk mengeluarkan kepalanya yang tersekat di celah banir pokok itu.

Akhirnya, muncung angsa pun dapat dikeluarkan daripada banir pokok itu. Angsa segera berterima kasih kepada Itik yang segera menolongnya tadi. Jika dibiarkan lama, mahu tak mati kebuluran Angsa dibuatnya! 

Itik lalu berasa Kehairanan dengan Angsa. Kerana leher Angsa yang dahulunya pendek, kini panjang. Tidak ada apa yang dapat dibuat oleh Itik. Leher itu 'kekal' sehingga ke hari ini.

Nota: Amacam ? best tak citer? Sorry lah, Min tak pandai sangat buat karangan fiksyen yang membabitkan 'haiwan' ni ! Min just nak test karangan yang Min buat. Maklumlah, Exam minggu depan (12 Mei ) Ya Allah, debaran kian terasa. Doakan Min ya ? Sekian Assalamualaikum !