Cerita Pendek


Korang apa cer? hari ni Amin nak buat cerita kedua lepas cerita 
'Angsa Dan Itik'. Cerita ini berkisahkan kisah dogeng.


'Raja Dan Rakyatnya'

                                  Pada zaman dahulu,di sebuah negeri,ada seorang raja dan rakyatnya malu untuk bercakap kerana mulut meraka berbau busuk. Mereka jugak malu kerana penduduk kampung seberang sering mengejek mereka.

                                  Pada suatu petang,tuan puteri pergi bermain dengan dayang-dayang di taman larangan . Tiba-tiba seekor murai terbang dan hinggap di atas dahan pokok bunga cengkih.

                                  Burung murai itu berkicau dengan riang sekali.Ia mematuk-matuk bunga di dahan dimana ia bertenggek. Lalu ia terbang ke tempat lain. Tuan puteri pun berlari ke arah pokok tersebut.

                                  Setibanya tuan puteri di pokok tersebut,tuan puteri ternampak sekuntum bunga kecil. Bunga kecil itu diambil dan dimakan olehnya.Tiba-tiba mulut tuan puteri berbau wangi, lalu dia tidak malu lagi untuk bercakap dihadapan khalayak ramai.

                                  Semasa tuan  puteri berada di istana, raja bertanyankan apa rahsia tuan puteri sehingga mulutnya berbau wangi. Tuan puteri pun menceritakan perihal pokok itu. Selepas raja mendengar tuan puteri menceritakan perihal pokok tersebut, raja memerintahkan rakyatnya menanam pokok bunga cengkih. Selepas beberapa minggu menunggu pokok bunga cengkih itu membesar, apa yang mereka impikan selama ini telah tercapai jua. Mereka makan bunga cengkih tersebut.

                                  Sejak itu, penyakit mulut berbau busuk itu hilang. Mereka juga tidak malu lagi untuk bercakap dihadapan khalayak ramai. Raja berterima kasih kepada tuan puteri. Akhirnya negeri itu tidak lagi mempunyai masalah mulut berbau busuk lagi.

NOTE: Amacam best x? Sorry lah, Amin tak pandai sangat buat karangan fiksyen yang membabitkan 'kisah dongeng' ni. Amin just nak test karangan yang amin buat ni. Doakan Amin dan kawan-kawan berjaya menjawab kertas peperiksaan pertengahan tahun ye.. Wish me luck..

1 comment:

  1. Best wishes! keep up ur fiction stories, Amin. :)

    ReplyDelete